Thursday, January 4, 2018

sambung part 1

Ujibakat teater

"Adik-adik yang join teater boleh ke dewan kuliah 4 ada ujibakat " jerit hakak fasi

         Allah bala apakah ? ada ujibakat lak ? nak berlakon apa ? Gelabah tahap cipan .
Aku tengok tak ramai pun orang hmm, Ya Allah segan nyee. Nak cakap apa ni bala bala.

"okay next!!" jerit akak fasi. 

"My turn , mati laa aku sejuk kaki tangan ni" bisik mekti  

"kenal kan nama dan cerita pengalaman anda". sambung akak fasi 

"Sss saya nurul izzati tak pernah berlakon tak ada bakat" jujur punya mekti

maka satu dewan kuliah gelak kan aku , padan muka bongok sangat . orang lain punya laaa pengalaman terbang laaa bernafas dalam air laa sekali aku takda bakat tak pernah berlakon.

"okay takpa , saya bagi situasi awak cuba lakon kan , situasi pertama awak sebagai mak ada anak yang derhaka. 3 2 1 action!! " arahan akak fasi

padiaaaa mak pulak?? anak derhaka pulak?? aduh aduh aduh apa niii . hanat nina ainul ajak aku buat benda ni.

"kkkkenapa buat mak begini nakk (suara gementar tapi buat-buat nangis) , mak takda duit nakk" , pastu aku diam aku tengok fasi-fasi yang ada.

"tu je ?" tanya akak fasi . "ye kak tu je "


"okay takpe saya nak awak nyanyi " 

eh eh eh lemak berkrim dia tadi berlakon nyanyi pulak amboiiii , jap betul la kan ujibakat teater bukan ujibakat cari pemain bola sepak.



Wednesday, July 20, 2016

Part Time Baju Loreng (Bab 1)

     
Budak Baru

         1/9/2015 pendaftaran pelajar baru ijazah di sebuah universiti tempatan . Semua kelihatan sibuk dengan family masing-masing . Ada yang kelihatan gembira dan ada yang kelihatan sedih . Aku sampai agak lewat kerana sesat , biasalah tempat orang kan . Cuaca yang amat panas di tambah kuantiti pelajar serta waris-waris yang begitu ramai membuatkan aku makin tak selesa .

         Aku ketat kan tali kasut dah betulkan tudung serta baju kurung yang agak senget benget . Sedia mengharungi orang beratus dan mungkin beriban . Perghh ! leceh nya ramai gila beratur . Banyak kaunter pulak tu . Lebih kurang 3jam aku settle mendaftar . 
Tiba-tiba aku dilanggar seseorang yang bertubuh agak besar dan ianya laki. Panas hati anak Encik Azman .

        "Dah langgar orang tak reti mintak maaf ? tak bertamadun mungkin" . Dia berhenti berjalan dan pusing tengok aku atas bawah then blahh . 

        "Bangang!" 

         jauhnya  kediaman aku 45 minit dari pusat pengajian . Sedia maklum unimap terkenal dengar universiti terabur . Seluruh perlis ada Pusat Penggajian Kejuruteraan(PPK) . Setelah sampai di kediaman ku , aku angkat barang dibantu abang-abang . 
"Ma g dulu , jago diri molek , semayang jangei tinggal ,ngaji jangei malas" pesan mak aku
Sayu hati tengok tayar kereta dah bergolek meninggalkan aku . 

"Kehidupan baru ! Semangat baru !"bisik ku yang cuba pujuk diri  .

Minggu Orientasi

         Minggu paling malas nak hadap .Kul5 pagi dah kena bangun kul1 / 2 malam baru sampai kediaman . Biasa lah kediaman paling jauh dari induk tapi paling cantik dan selesa. Sampai je kat dewan budak rumah ajak masuk persembahan 

"Mekti jum join kebudayaan ? jom .join teater ke . pleasee" pujuk Nina

"Aku tak de bakat , kayu . Suara katak . Nak teater apa nye" tolak ku dengan baik

"Mekti please , join kebudayaan tak yah masuk dewan boleh lepak" Ainul lak tambah perisa

"Hmm , ye laa" aku pasrah.

Kelab Kebudayaan Teater

         





        






Thursday, December 19, 2013

TRIP :)

Assalamualaikum .
Ohyeahh ! Alhamdulillah , SPM dah tamat dengan selamatnya pada 27/11/2013 . Hari tuh biology last paper , waaa derita sesangat tau tak . Tiga hari berturut-turut exam subjek sains start dengan fizik , kimia and biology . Derita ke tak tempuh jelah , pantang berundur sebelum mengalah kan .